Pemakluman penyingkiran sebagai Perancang Bandar berdaftar LPBM

Adalah dimaklumkan bahawa LPBM telah memutuskan bahawasanya Perancang Bandar berdaftar dengan No. A 0579 disingkirkan dari senarai daftar selaras dengan peruntukan subseksyen 33(d) Akta Perancang Bandar 1995 [Akta 538] berkuatkuasa 17 Ogos 2021.

Sehubungan itu, penama tersebut tidak layak untuk menjalankan sebarang kerja-kerja yang diperuntukkan di bawah subseksyen 13(1) Akta 538. Sebarang pelanggaran kepada perintah ini, LPBM berhak mengambil tindakan yang bersesuaian selaras dengan peruntukan Akta 538.

TOP